603-2282 2478 / 79 canaiworldwide1213@gmail.com
English    Malay    中文

 

Company Profile

 

Canai Technology Co. Ltd. ditubuhkan di Hong Kong. Ia adalah sebuah syarikat multinasional berteknologi tinggi yang mengintegrasikan penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran dan pengurusan dalam industri kesihatan. Dengan keutuhan warisan budaya dan pencapaian luar biasa dalam teknologi, Canai boleh dianggap sebagai teladan dalam dunia korporat melalui penerapan akhlak yang mulia diiringi perasaan kasih sayang yang mendalam.
 

Sejak penubuhannya, Canai terus berusaha memberikan khidmat kepada pelanggan melalui produk dan perkhidmatan berteknologi tinggi. Setelah menyempurnakan rancangan pembangunan perniagaan luar negaranya di Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Hong Kong, Taiwan, Macau dan beberapa negara serta wilayah yang lain, Canai memasuki pasaran China secara rasminya pada tahun 2015 dan memperolehi lesen jualan langsung dalam tempoh yang singkat. Canai berjaya mencapai kadar liputan pasaran yang melampaui jangkaan dan amat mengagumkan. Pada tahun 2017, cawangan di Australia dan Perancis serta gedung utama di Paris ditubuhkan. Canai berhasrat untuk mengembangkan perniagaannya ke seluruh dunia dalam masa yang terdekat.

Canai memiliki kemudahan penyelidikan dan pembangunannya tersendiri, dan telah menubuhkan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan pintar di Jerman. Produk  “Canai Spectrum” yang dibangunkan oleh Canai telah menerima sijil paten rekaan dan sijil peralatan penjagaan kesihatan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan merupakan satu-satunya syarikat di China yang menerima sijil ini.

Pada tahun 2016, Persatuan Aplikasi Inframerah Jauh di Jepun telah mengesahkan bahawa kesan Spectrum Canai dan ia telah mendapat “Perakuan Kualiti Baik”. Pada tahun yang sama, Canai telah melantik pakar terkemuka dari Jepun, iaitu Encik Yamaguchi Hasegawa sebagai ketua penasihat reka bentuk di China serta melantik Cik Matsuoka Misa sebagai penolong pereka bentuk. Pada tahun 2017, kilang Canai di Jepun telah dirasmikan dan mula beroperasi. Pada tahun 2018, Canai telah bergabung tenaga dengan pasukan pakar Profesor Ronald Fedkiw dari Universiti Stanford, untuk membantu Canai melangkah ke era baru penciptaan Artificial Intelligence (AI).

Canai sentiasa beraspirasi untuk meneruskan kemampanan perniagaannya dan menempatkan syarikat dalam senarai Syarikat Global 500. Canai menjalinkan hubungan harmoni dengan pelanggan, pengedar, pembekal dan pekerja. Kami juga menyeru semua rakan kongsi Canai supaya melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dan menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang lebih baik.

                 <     HOME          |

|          VISION    >

Contact Us

 

Contact Us

Canai Worldwide Development Sdn Bhd
B02-D-12-1, Menara 3,
No.3, Jalan Bangsar
KL Eco City,
59200 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tel: +603-2282 2478 / 79
Fax: +603-2282 2476
Email: canaiworldwide1213@gmail.com